Tuesday, 16 August 2016

PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

Share it Please
PENDAHULUAN

Proses pengendalian pengurusan islam ini membincangkan amalan atau proses kerja pengurusan islam seperti perancangan , penyusunan , pengarahan dan pengawalan . Dalam sesebuah organisasi , proses-proses tersebut sangat penting kerana dapat menyumbang kepada kejayaan dan kecermelangan organisasi. Hal yang demikian adalah bertepatan dengan amalan pengurusan yang dipraktikkan dalam islam.

Proses pengendalian pengurusan ialah satu proses aktiviti berterusan yang dijalankan di dalam sebuah organisasi sehingga tercapainya objektif atau matlamat organisasi .

Proses ini dipraktikkan oleh para pemimpin atau pengurus dalam memimpin dan menguruskan sesebuah organisasi . Seorang pengurus akan mengendalikan cara berurusan dalam hubungan sesame manusia dengan menggunakan segala sumber kekayaan yang ada dibumi berdasarkan syariat dan peraturan yang ditetapkan oleh allah .

PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

Islam ialah agama yang syumul dan serba lengkap mencakupi segenap aspek kehidupan. Islam mempunyai sistem dan cara hidup tersendiri yang melibatkan hubungan sesame manusia dan aspek pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri dan dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan. Islam menyediakan garis panduan seperti perancangan, penyusunan(pengorganisasian), pengarahan an pengawalan.

Pada dasarnya dalam melaksanakan teori-teori pengurusan tersbut, Islam tidak melarang umatnya untuk mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam kehidupan mereka selagi tidak bertentangan dengan nas-nas yang sahih dan jelas dalam syariat islam. Malahan, terdapat bnayak perkara dalam pengurusan konvensional yang bersamaan dengan apa-apa yang telah digariskan dalam pengurusan islam.

Kerja-kerja pengurusan pula mestilah mempunyai tujuan,fungsi dan matlamat tertentu. Tugasan pengurusan ialah menetukan aktiviti-aktiviti kerja yang perlu dilakukan oleh seseorang penguruan di dalam sesebuah organisasi.

Menurut Mustafa Haji Daud(1994), proses pengendalian pengurusan melibatkan empat peringkat dan elemen utama:

  1. Perancangan
  2. Pengorganisasian
  3. Kempipinan
  4. Pengawasan

PERANCANGAN

Perancangan merupakan elemen utama dalam pengurusan yang paling utama untuk dititikberatkan oleh pihak pengurusan. Sesebuah organisasi tidak dapat beroperasi dengan baik dan cemerlang tanpa perancangan dijalankan dengan rapi dan tersusun.

Menurut Rasid ed al (2011)

  • Pengenalpastian sumber yang ada
  • Penentuan matlamat atau objektif organisasi
  • Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif
  • Jangka waktu ditentukan untuk mencapai objektif
  • Falsafah dan prinsip organisasi
  • Keseluruhan kegiatan organisasi

DEFINISI PERANCANGAN

      Perancangan merupakan suatu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai objektif.

      Rasulullah mendidik seorang pengurus Islam supaya merancang serta mengurus dengan teratur dan sempurna. Sikap tawakal tanpa perancangan dan pelaksanaan yang teratur bukanlah sikap seorang Muslim dan mukmin ynag sebenar. Perancangan yang berorientasikan masa depan seharusnya melibatkan penentuan dan penyusunan tentang pesoalan-persoalan yang berikut :

  • Apakah kerja-kerja yang perlu dilakukan ?
  • Bilakah pelaksanaannya akan dilakukan ?
  • Siapakah yang akan terlibat dalam kerja-kerja tersebut ?
  • Bagaimanakah kerja-kerja tersebut dilakukan ?
  • Di manakah pelaksanaan tersebut akan dilakukan ?

 Menurut Azman Che Omar, prinsip perancangan dalam pengurusan Islam adalah seperti yang berikut :

  • Dirancang oleh semua individy di dalam organisasi.
  • Perancangan perlu fleksibel.
  • Dilaksanakan secara berjemaah .
  • Kelentuan kejayaan perancangan datangnya daripada Allah SWT.

PROSES PERANCANGAN DALAM PENGURUSAN ISLAM

Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh yang melibatkan jangka masa pendek dan jangka masa panjang akan mempengaruhi keberhasilan dan kecemerlangan sesebuah organisasi.

Antaranya :

  • Menentu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi.
Hala tuju merupakan asas penting kepada sesuatu perancangan. Tanpa hala tuju dan perancangan yang rapi, sesebuah organisasi tidak akan dapat mencapai matlamat yang ditentukan dengan jayanya. Hala tuju yang ditetapkan mestilah:

  1. Rasional, praktikal dan boleh dicapai.
  2. Boleh diukur.
  3. Berhierarki dan rangkaian yang melibatkan jabatan, unit, bahagian,dan sebagainya

Elemen-elemen bagi menetapkan hala tuju organisasi biasanya melibatkan perkara berikut:

  1. Mengenal pasti sumber yang ada .
  2. Bertepatan dengan falsafah, prinsip dan kegiatan organisasi.
  3. Menentukan garis panduan untuk mencapai hala tuju.
  4. Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai matlamat.

  • Menganalisis suasana dan status semasa.

Para pengurus dalam organisasi perlu menganalisis suasana dan status semasa yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran. Pengurus perlu melihat keupayaan dan pencapaian organisasi. Membuat penilaian secara kritis sekali gus menjawab persoalan tentang prestasi sebenar organisasi tersebut.

  • Membuat analisis bantuan dan halangan.


Sesuatu organisasi yang ingin mencapai matlamat haruslah membuat andaian asas tentang masa depan organisasi. Analisis yang terkenal dalam mengenal pasti bantuan dan halangan kepada perancangan ialah analisis SWOT (Edaward De Bono).

S: strength (kekuatan)
W: weakness (kelemahan)
O: opportunity (peluang)
T: threat (ancaman)

  • Mewujudkan strategi yang sesuai

Pengurus perlu mewujudkan strategi yang sesuai dan plan tindakan untuk melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat .

  1. Melalui fungsi-fungsi bahagian atau jabatan seperti rancangan pengurusan sumber manusia.
  2. Melalui jangka waktu tertentu.
  3. Melalui perhubungan dan kaitandengan persekitaran.

Contoh perancangan Rasulullah SAW yang boleh dijadikan teladan ialah :

  1. Menyampaikan dakwah di Mekah pada peringkat awal kedatangan islam.
  2. Mengembangkan dakwah islam di Madinah

Peringkat dalam strategi dakwah :

  • Peringkat pertama.
Dakwah yang dilaksanakan adalah bersifat tertutup dan sulit. Hal ini kerana, baginda mengambil kira kekuatan yang ada pada umat islam pada ketika itu mereka dan ancaman daripada kaum musyrikin Mekah.

  • Peringkat kedua.
Setelah umat islam mencapai kekuatan dan bilangan umat islam semakin meningkat ketika itu, dakwah dijalankan secara terbuka dan terang-terangan.

  • Peringkat ketiga.
Apabila ancaman yang dihadapi oleh umat islam semakin kuat, baginda telah merancang untuk berhijrah ke Madinah. Perancangan untuk berhijrah ke Madinah (1H/622M) telah dilakukan. Baginda dengan sangat teliti dan penghijrahan itu Berjaya dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Pages

Designed by DPM2 PMJ | Supirman