Tanggugjawab Majikan Dan Pekerja Dalam Islam
Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang ?
Ye betul, bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Antara tanggungjawab majikan adalah :
-Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal diberikan kepadanya.
-Majikan perlu memilih pekeja yang terdiri daripada pekerja islam. Hal ini kerana, hanya pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan islam.
2.Pemberian Ganjaran yang Berpatutan
-Seorang pekerja seharusnya mendapat upah atau gaji yang berpatutan dengan tugas yang dilakukan mereka.
-Perbuatan mengeksplotasi & mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada yang sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.Hubungan antara majikan dengan pekerja ialah jalinan silaturahim yang kukuh & mesra supaya suasana harmoni & peradaban akan terserlah dalam sebuah organisasi kerja.
3.Menunaikan Hak kebajikan kepada pekerja
- Sekiranya seorang pekerja harus menunaikan kewajipan kepada majikan , maka majikan juga harus memberikan perkara yang sama kepada pekerjanya.
-Majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak ansur &berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.
-Tujuan kebajikan dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung & mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang mempengaruhi prestasi kerja mereka.
4.Penurunan Autoriti dan Kuasa yang Wajar dalam Pengurusan Tugas
-Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
-Dalam memberikan kerja, seorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti & had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap & berkesan.
5. Pengawasan & Kawalan Pekerja
-Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawal prestasi & kelakuan pekerja semasa mereka bekerja.
-Pekerja yang malas akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi sekiranya tidak diawasi seperti melayari internetv, tidak produktif atau sengaje melengeg-lengehkan kerja.
TANGGUNGJAWAB PEKERJA
KERJA : Usaha yang bertujuan menghasikan atau menyediakan sesuatu.
PEKERJAAN : Sesuatu yang dilakukan dengan cara berterusan kerana mencari nafkah.
Perkara wajib keatas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dalam keluarga ataupun dirinya sendiri.
1.Amanah
-Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaanya sama ada melibatkan urusan peribadi ( melaksanakan tanggungjawab kepada Allah) atau urusan kemasyarakatan. -Amanah merupakan suatu perkara yang tidak boleh dikhianati sama sekali.
2.Tekun
-Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan sekiranya mereka tekun dalam menjalankan tugas.
-Manusia dijadikan oleh Allah SWT untuk bekerja dan bekerja kerana Allah iru adalah suatu perhambaan kepada-Nya. Allah memberikan balasan yang berlipat ganda kepada mereka yang melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya.
3.Ikhlas
-Pekerjaan yang dijalankan perlu diiringi dengan niat yang baik & ikhlas kerana Allah.
-Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada masyarakat dan lain-lain
4.Cekap dalam melaksanakan tugas
-Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari semasa ke semasa sesuai dengn perkembangan & tuntutan semasa.
5.Bersatu Padu
-Setiap pekerja perlu bersikp bersatu padu dalam setiap usaha supaya matlamat organisasi tercapai.
6.Produktiviti
-Pembangunan sesebuah negara bergantung pada tenagevpekerjanya yang mahir, bersungguh-sungguh, produktif & berkaliber.
-Setiap organisasi yang dibina harus mempunyai hubungan yang erat antara pekerja dan majikan.
7.Berakhlak Mulia
-Kemahiran tidak juga memberi sebarang erti jika pekerja itu tidak memiliki akhlak yang mulia kerana pada bila-bila masa sahaja, dia boleh menjadi pemusnah terhadap sesuatu (organisasi) yang dibagunkan.
8.Layanan yang Adil
-Setiap pekerja hendaklah memberi layanan & khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama seperti yang diajarkan dalam ajaran islam.
No comments:
Post a Comment