Monday, 15 August 2016

DEFINISI DAN PROSES PERANCANGAN DALAM PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

Share it Please
PENGENALAN

Asas pengurusan terbahagi kepada empat bahagian:
  1. Perancangan (takhtit)
  2. Peorganisasian (tanzim)
  3. Kepimpinan (qiyadah)
  4. Pengawasan (wiqayah

PERANCANGAN (takhtif)
  • Mengkaji aspek-aspek yang berkaitan sebelum melakukan sesuatu pentadbiran.
  • Memilih satu cara yang paling baik bagi membolehkan tercapainya dalam masa tertentu, mengikut keupayaan serta suasana dan keadaan tertentu.


PEORGANISASIAN (tanzim)
  • Peorganisasian adalah mengumpul dan menyenaraikan segala rancangan dan kegiatan yang perlu untuk mencapai tujuan tertentu.
  • Perkara yang penting dalam organisasi adalah menyediakan carta organisasi yang membahagikan tugas dan tanggungjawab dalam bahagian tertentu.


KEPIMPINAN (qiyadah)
  • Kepimpinan adalah suatu kegiatan dalam membimbing suatu kelompok sehingga tercapai tujuan dari kelompok itu, iaitu tujuan bersama.
  • Kepimpinan adalah kemampuan dan persiapan yang dimiliki seseorang untuk dapat mempengaruhi, mendorong, mengajak, menuntun, menggerakkan orang lain agar ia menerima pengaruh itu.



 PENGAWASAN (wiqayah)
  • Pengawasan bermaksud memastikan semua aspek pengurusan seperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan dan pelaksanaan keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan.
  • Dalam melaksanakan sesuatu tugasan pengawasan sangat penting bagi memastikan sesuatu organisasi dapat dilaksanakan dengan terkawal tanpa sebarang gangguan dari mana-mana orang atau masalah yang tidak sepatutnya timbul.


KESIMPULAN

Cabaran mengendalikan pengurusan yang utama ialah membudayakan perancangan dalam struktur organisasi yang kukuh. Apabila kita lihat dominasi industri jepun dalam pengantarabangsaaan produk adalah strategi perancangan dan semua langkah yang diperbicangkan di atas. Dengan ini semua pihak atasan mahupun bawahan hendaklah memandang jauh dengan prsoses pengendalian ini bagi memastikan urusan dan kewibawaan berada ada paras maksima.

No comments:

Post a Comment

Pages

Designed by DPM2 PMJ | Supirman