DEFINISI:
kepimpinan bermaksud keupayaan seseorang bagi mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat organisasi. Pemimpin juga boleh dikatakan pengaruh yang kuat ke atas orang lain supaya menjadi pengikut yang akur dan jika tiada pegikut tidak mungkin wujudnya pemimpin dalam seseuatu urusan.
BENTUK-BENTUK KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI
Bentuk-bentuk kepimpinan yang berkesan dalam menggerakkan kumpulan kepimpinan mendapati, wujud tiga cara kepemimpinan, iaitu kepimpinan demokrasi, autokrasidan laissez faire.
Dalam corak kepimpinan demokrasi ini, segala keputusan ialah hasil daripada suara ramai. Ketua hanya mempengerusikan sesuatu perbincangan sambil memberi kebebasan dan peluang kepada setiap anggota jemaah untuk mengeluarkan pendapat mereka. Demikian juga dalam bidang pekerjaan. Sesiapa sahaja bebas memilih orang yang akan menjadi rakan kongsi dalam sesuatu pekerjaannya.
Kepimpinan Autokrasi ialah pemerintah atau pemimpin yang mempunyai kuasa penuh (tidak terhad). segala perancangan dan pelaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai. Arahan terhadap pelaksanaan kerja disampaikan kepada pekerja-pekerja secara berperingkat yang dalam kalangan mereka sendiri tidak tahu tentang perancangan dan matlamat akan datang. Pemimpin itu sendiri yang mengagih, agihkan kerja kepada pekerja, iaitu segala arahannya berbentuk diktator(kuasa mutlak).
Kepimpinan bentuk ini, pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan. Segala keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada pengikutnya. pemimpin hanya memainkan peranan mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu, di samping membekalkan rakya dengan bahan-bahan yang perlu untuk seseuatu pekerjaan . pemimpin tidak diperlukan untuk mengemukakan apa-apa cadangan atau membuat penilaian terhadap sesuatu pekerjaan yang seesai dijalankan.
Bentuk-bentuk kepimpinan di atas jelas menunjukkan kepada masyarakat bahawa kepimpinan Rasulullah SAW merupakan satu contoh yang terbaik untuk diamalkan dalam sesebuah organisasi. Sifat-sifat kepimpinan yang terdapat pada diri Rasulullah SAW wajib menjadi panduan dan pedoman bagi seorang pemimpin untuk memimpin sesebuah organisasi agar matlamat dapat dicapai di samping aspek keadilan terjamin.
No comments:
Post a Comment