Sunday, 14 August 2016

DEFINISI & PROSES PENGAWASAN DALAM PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

Share it Please
DEFINISI

Pengawasan adalah untuk memastikan perancangan, pengorgnisasian dan pengarahan dilaksanakan dengan baik. Pengawasan yang baik adalah melibatkan keseluruhan sistem pengendaian pengurusan yang terdiri daripada perncangan, penyusunan, kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan dalam setiap gerak kerja. Pengawasan yang baik dalam organisasi akan memberikan impak yang sangat besar bagi memastikan jatuh bangunnya sesebuah organisasi dan kejayaan gerak kerja yang dijalankan.

Azman Che Omar (2003) mentakrifkan pengawasan dalam konteks organisasi sebagai satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang sedia ada.

Jaafar Muhammad (2003) mendefinisikan pengawasan sebagai satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) pula menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan.


DALIL KEPERLUAN PENGAWASAN

Maksudnya:
"Dan katakanlah, (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (surah al-tawbah 9:105)

Firman Allah SWT lagi dalam Surah Qaf:


Ayat tersebut menjelaskan setiap perkara yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi tidak akan terlepas daripada pengawasan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan mendapat balasan dan ganjaran atas setiap perkara yang dilakukan. Dalam hal ini, pengawasan yang berlaku akan menyebabkan manusia dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Omar Al-Khattab r.a. yang suatu ketika dahulu Rasulullah SAW didatangi oleh Malaikat Jibril dan bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai islam, iman dan ihsan. Ketika Rasululah SAW ditanya tentang ihsan, baginda menjawab yang bermaksud : "Bahawa ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Alah seolah-olah kamu melihat Allah SWT, sekiranya kamu tidak melihatnya, maka sesungguhnya Allah SWT melihat kamu." (hadis riwayat muslim)

TAHAP-TAHAP PENGAWASAN:

  1. Pengawasan kendiri.
pengawasan terhdap diri sendiri dapat dilakukan melalui pemahaman terhadap ajaran Islam yang menyeru kepada manusia untuk bertaqwa dan merasai pemerhatian serta kekuasaan Allah SWT terhadap semua perbuatan manusia sama ada secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi.Manusia digalakkan untuk menilai kelemahan yang ada dalam diri sendiri.Manusia juga perlu perbaiki kelemahan tersebut berdasarkan keyakinan ajaran Islam.

2. Pengawasan Dalaman.

Pengawasan dalaman pula adalah melalui jabatan-jabatan dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab membuat pemerhatian terhadap pekerja ataupun peranan seseorang ketua mengawasi para perkerjanya

3.Pengawasan Luaran.

Pengawasan yang dilakukan oleh Negara terhadap sesebuah organisasi bagi menjaga kesinambungan kehuluran pekerja dan organisasi dalam mencapai matlamat masing-masing.Ahmad Ibrahim Abu Sin, (2002) menjelaskan bahawa kawalan seluruh kegiatan organisasi, iaitu melibatkan perancangan, pengorganisasian, pengarahan serta proses membuat keputusan:

    a) Memastikan perjalanan sejajar organisasi dengan matlamat yang ditetapkan.
    b) Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam pelaksanaan kegiatan organisasi.
    c) Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam organisasi.
    d) Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskini perjalanan organisasi.
    e) Memastikan keutuhan organisasi, atas sebab proses kawalan melibatkan dalaman dan luaran
    f) Mewujudkan amar makruf dan mengelakkan pemungkaran.

PROSES KAWALAN

Proses kawalan dibuat untuk menentukan semua aktiviti organisasi berjalan lancer mengikut perancangan supaya organisasi berjaya mencapai  arah tuju yang telah ditetapkan.

  1. Menetapkan piawai:
Merupakan asas bagi pengurus untuk menilai atau mengukur hasil aktiiti atau prestasi seorang pekerja. Piawai selalunye ditetapkan berasaskan objektif yang telah dipersetujui semasa membuat sesuatu rancangan.Bentuk-bentuk piawai yang selalu  digunakan ialah kuantiti, kualiti, masa dan sebagainya.

   2. Menilai atau mengukur prestasi:

Kawalan adalah dengan menilai atau mengukur prestasi. Organisasi menggunakan pelbagai kadah untuk mengukur prestasi mengikut kesesuaiannya . Contohnya di dalam organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling , prestasi diukur melalui kuantiti program yang berjaya dilaksanakan dan kualiti program diukur melalui keberkesanan program tersebut kepada perserta.

3. Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawai:

Langkah ini merupakan prestasi atau hasil aktiviti akan dibandingka dengan piawai yang telah ditetapkan.

4.. Membuat tindakan pembetulan sekiranya berlaku kegagalan:

Wujud penyimpangan daripada sasaran yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan juga perlu mengambil tindakan pembetulan atau pemulihan. Pihak pengurusan perlu membuat analisis factor kegagalan dan meneruskan tindakan pembetulan.

5. Menambah baik prestasi:

Menambah baik prestasi melalui komitmen berterusan organisasi seperti pembangunan penyelidikan untuk menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti dan juga meletakkan sasaran pencapaian yang lebih tinggi dan mencabar.

JENIS KAEDAH KAWALAN

Tedapat 4 jenis kaedah kawalan, iaitu:

  1. Kawalan sebelum tindakan
  2. Kawalan semasa pelaksanaan
  3. Kawalan saringan
  4. Kawalan selepas tindakan
Dalam proses pengurusan , kawalan atau pengawasan sangat penting bagi menjamin kecemrlangan organisasi. Kawalan yang berkesan haruslah mengikut ciri-ciri tertentu. Namun bagi individu muslim, kawalan bermula dari dalam diri dan setiap gerak kerja yang dilakukan memerlukan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa mengawasinya.









No comments:

Post a Comment

Pages

Designed by DPM2 PMJ | Supirman