PENDAHULUAN
Proses pengendalian pengurusan ialah satu proses aktiviti berterusan yang dijalankan di dalam sebuah organisasi sehingga tercapainya objektif atau matlamat organisasi .
Proses ini dipraktikkan oleh para pemimpin atau pengurus dalam memimpin dan menguruskan sesebuah organisasi . Seorang pengurus akan mengendalikan cara berurusan dalam hubungan sesame manusia dengan menggunakan segala sumber kekayaan yang ada dibumi berdasarkan syariat dan peraturan yang ditetapkan oleh allah .
Proses ini dipraktikkan oleh para pemimpin atau pengurus dalam memimpin dan menguruskan sesebuah organisasi . Seorang pengurus akan mengendalikan cara berurusan dalam hubungan sesame manusia dengan menggunakan segala sumber kekayaan yang ada dibumi berdasarkan syariat dan peraturan yang ditetapkan oleh allah .
PROSES PENGENDALIAN
PENGURUSAN ISLAM
Menurut Mustafa Haji Daud(1994), proses pengendalian pengurusan melibatkan empat peringkat dan elemen utama:
- Perancangan
- Pengorganisasian
- Kempipinan
- Pengawasan
PERANCANGAN
Menurut Rasid ed al (2011)
- Pengenalpastian sumber yang ada
- Penentuan matlamat atau objektif organisasi
- Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif
- Jangka waktu ditentukan untuk mencapai objektif
- Falsafah dan prinsip organisasi
- Keseluruhan kegiatan organisasi
DEFINISI PERANCANGAN
Perancangan merupakan suatu proses menentukan
objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi tindakan yang sesuai
dan terbaik dengan mengambil kira faktor dalaman organisasi dan persekitaran
luaran yang akan mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai objektif.
Rasulullah mendidik seorang pengurus Islam
supaya merancang serta mengurus dengan teratur dan sempurna. Sikap tawakal
tanpa perancangan dan pelaksanaan yang teratur bukanlah sikap seorang Muslim
dan mukmin ynag sebenar. Perancangan yang berorientasikan masa depan seharusnya
melibatkan penentuan dan penyusunan tentang pesoalan-persoalan yang berikut :
- Apakah kerja-kerja yang perlu dilakukan ?
- Bilakah pelaksanaannya akan dilakukan ?
- Siapakah yang akan terlibat dalam kerja-kerja tersebut ?
- Bagaimanakah kerja-kerja tersebut dilakukan ?
- Di manakah pelaksanaan tersebut akan dilakukan ?
Menurut Azman Che Omar, prinsip perancangan
dalam pengurusan Islam adalah seperti yang berikut :
- Dirancang oleh semua individy di dalam organisasi.
- Perancangan perlu fleksibel.
- Dilaksanakan secara berjemaah .
- Kelentuan kejayaan perancangan datangnya daripada Allah SWT.
PROSES PERANCANGAN DALAM PENGURUSAN ISLAM
Antaranya :
- Menentu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi.
Hala tuju merupakan
asas penting kepada sesuatu perancangan. Tanpa hala tuju dan perancangan yang
rapi, sesebuah organisasi tidak akan dapat mencapai matlamat yang ditentukan
dengan jayanya. Hala tuju yang ditetapkan mestilah:
- Rasional, praktikal dan boleh dicapai.
- Boleh diukur.
- Berhierarki dan rangkaian yang melibatkan jabatan, unit, bahagian,dan sebagainya
- Mengenal pasti sumber yang ada .
- Bertepatan dengan falsafah, prinsip dan kegiatan organisasi.
- Menentukan garis panduan untuk mencapai hala tuju.
- Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai matlamat.
- Menganalisis suasana dan status semasa.
- Membuat analisis bantuan dan halangan.
Sesuatu organisasi yang ingin mencapai matlamat haruslah membuat andaian asas tentang masa depan organisasi. Analisis yang terkenal dalam mengenal pasti bantuan dan halangan kepada perancangan ialah analisis SWOT (Edaward De Bono).
S: strength (kekuatan)
W: weakness (kelemahan)
O: opportunity (peluang)
T: threat (ancaman)
- Mewujudkan strategi yang sesuai
Pengurus perlu mewujudkan strategi yang sesuai
dan plan tindakan untuk melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat .
- Melalui fungsi-fungsi bahagian atau jabatan seperti rancangan pengurusan sumber manusia.
- Melalui jangka waktu tertentu.
- Melalui perhubungan dan kaitandengan persekitaran.
Contoh perancangan Rasulullah SAW yang boleh
dijadikan teladan ialah :
- Menyampaikan dakwah di Mekah pada peringkat awal kedatangan islam.
- Mengembangkan dakwah islam di Madinah
Peringkat dalam strategi dakwah :
- Peringkat pertama.
Dakwah yang dilaksanakan adalah bersifat
tertutup dan sulit. Hal ini kerana, baginda mengambil kira kekuatan yang ada
pada umat islam pada ketika itu mereka dan ancaman daripada kaum musyrikin
Mekah.
- Peringkat kedua.
Setelah umat islam mencapai kekuatan dan
bilangan umat islam semakin meningkat ketika itu, dakwah dijalankan secara
terbuka dan terang-terangan.
- Peringkat ketiga.
Apabila ancaman yang dihadapi oleh umat islam
semakin kuat, baginda telah merancang untuk berhijrah ke Madinah. Perancangan
untuk berhijrah ke Madinah (1H/622M) telah dilakukan. Baginda dengan sangat
teliti dan penghijrahan itu Berjaya dilakukan.