Sunday, 14 August 2016

DEFINISI & PROSES PENGAWASAN DALAM PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

DEFINISI

Pengawasan adalah untuk memastikan perancangan, pengorgnisasian dan pengarahan dilaksanakan dengan baik. Pengawasan yang baik adalah melibatkan keseluruhan sistem pengendaian pengurusan yang terdiri daripada perncangan, penyusunan, kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan dalam setiap gerak kerja. Pengawasan yang baik dalam organisasi akan memberikan impak yang sangat besar bagi memastikan jatuh bangunnya sesebuah organisasi dan kejayaan gerak kerja yang dijalankan.

Azman Che Omar (2003) mentakrifkan pengawasan dalam konteks organisasi sebagai satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang sedia ada.

Jaafar Muhammad (2003) mendefinisikan pengawasan sebagai satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) pula menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan.


DALIL KEPERLUAN PENGAWASAN

Maksudnya:
"Dan katakanlah, (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (surah al-tawbah 9:105)

Firman Allah SWT lagi dalam Surah Qaf:


Ayat tersebut menjelaskan setiap perkara yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi tidak akan terlepas daripada pengawasan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan mendapat balasan dan ganjaran atas setiap perkara yang dilakukan. Dalam hal ini, pengawasan yang berlaku akan menyebabkan manusia dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Omar Al-Khattab r.a. yang suatu ketika dahulu Rasulullah SAW didatangi oleh Malaikat Jibril dan bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai islam, iman dan ihsan. Ketika Rasululah SAW ditanya tentang ihsan, baginda menjawab yang bermaksud : "Bahawa ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Alah seolah-olah kamu melihat Allah SWT, sekiranya kamu tidak melihatnya, maka sesungguhnya Allah SWT melihat kamu." (hadis riwayat muslim)

TAHAP-TAHAP PENGAWASAN:

  1. Pengawasan kendiri.
pengawasan terhdap diri sendiri dapat dilakukan melalui pemahaman terhadap ajaran Islam yang menyeru kepada manusia untuk bertaqwa dan merasai pemerhatian serta kekuasaan Allah SWT terhadap semua perbuatan manusia sama ada secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi.Manusia digalakkan untuk menilai kelemahan yang ada dalam diri sendiri.Manusia juga perlu perbaiki kelemahan tersebut berdasarkan keyakinan ajaran Islam.

2. Pengawasan Dalaman.

Pengawasan dalaman pula adalah melalui jabatan-jabatan dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab membuat pemerhatian terhadap pekerja ataupun peranan seseorang ketua mengawasi para perkerjanya

3.Pengawasan Luaran.

Pengawasan yang dilakukan oleh Negara terhadap sesebuah organisasi bagi menjaga kesinambungan kehuluran pekerja dan organisasi dalam mencapai matlamat masing-masing.Ahmad Ibrahim Abu Sin, (2002) menjelaskan bahawa kawalan seluruh kegiatan organisasi, iaitu melibatkan perancangan, pengorganisasian, pengarahan serta proses membuat keputusan:

    a) Memastikan perjalanan sejajar organisasi dengan matlamat yang ditetapkan.
    b) Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam pelaksanaan kegiatan organisasi.
    c) Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam organisasi.
    d) Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskini perjalanan organisasi.
    e) Memastikan keutuhan organisasi, atas sebab proses kawalan melibatkan dalaman dan luaran
    f) Mewujudkan amar makruf dan mengelakkan pemungkaran.

PROSES KAWALAN

Proses kawalan dibuat untuk menentukan semua aktiviti organisasi berjalan lancer mengikut perancangan supaya organisasi berjaya mencapai  arah tuju yang telah ditetapkan.

  1. Menetapkan piawai:
Merupakan asas bagi pengurus untuk menilai atau mengukur hasil aktiiti atau prestasi seorang pekerja. Piawai selalunye ditetapkan berasaskan objektif yang telah dipersetujui semasa membuat sesuatu rancangan.Bentuk-bentuk piawai yang selalu  digunakan ialah kuantiti, kualiti, masa dan sebagainya.

   2. Menilai atau mengukur prestasi:

Kawalan adalah dengan menilai atau mengukur prestasi. Organisasi menggunakan pelbagai kadah untuk mengukur prestasi mengikut kesesuaiannya . Contohnya di dalam organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling , prestasi diukur melalui kuantiti program yang berjaya dilaksanakan dan kualiti program diukur melalui keberkesanan program tersebut kepada perserta.

3. Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawai:

Langkah ini merupakan prestasi atau hasil aktiviti akan dibandingka dengan piawai yang telah ditetapkan.

4.. Membuat tindakan pembetulan sekiranya berlaku kegagalan:

Wujud penyimpangan daripada sasaran yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan juga perlu mengambil tindakan pembetulan atau pemulihan. Pihak pengurusan perlu membuat analisis factor kegagalan dan meneruskan tindakan pembetulan.

5. Menambah baik prestasi:

Menambah baik prestasi melalui komitmen berterusan organisasi seperti pembangunan penyelidikan untuk menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti dan juga meletakkan sasaran pencapaian yang lebih tinggi dan mencabar.

JENIS KAEDAH KAWALAN

Tedapat 4 jenis kaedah kawalan, iaitu:

  1. Kawalan sebelum tindakan
  2. Kawalan semasa pelaksanaan
  3. Kawalan saringan
  4. Kawalan selepas tindakan
Dalam proses pengurusan , kawalan atau pengawasan sangat penting bagi menjamin kecemrlangan organisasi. Kawalan yang berkesan haruslah mengikut ciri-ciri tertentu. Namun bagi individu muslim, kawalan bermula dari dalam diri dan setiap gerak kerja yang dilakukan memerlukan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa mengawasinya.









Continue Reading...

Saturday, 13 August 2016

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA DALAM ISLAM

           Tanggugjawab Majikan Dan Pekerja Dalam Islam



TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang ?

Ye betul, bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan  daripada Allah SWT.
Antara tanggungjawab majikan adalah :

1.Pemilihan Pekerja yang Berkelayakan

-Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal diberikan kepadanya.
-Majikan perlu memilih pekeja yang terdiri daripada pekerja islam. Hal ini kerana, hanya pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan islam.

2.Pemberian Ganjaran yang Berpatutan 

-Seorang pekerja seharusnya mendapat upah atau gaji yang berpatutan dengan tugas yang dilakukan mereka.
-Perbuatan mengeksplotasi & mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada yang  sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.Hubungan antara majikan dengan pekerja ialah jalinan silaturahim yang kukuh & mesra supaya suasana harmoni & peradaban akan terserlah dalam sebuah organisasi kerja.

3.Menunaikan Hak kebajikan kepada pekerja
- Sekiranya seorang pekerja harus menunaikan kewajipan kepada majikan , maka majikan juga harus memberikan perkara yang sama kepada pekerjanya.
-Majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak ansur &berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.
-Tujuan kebajikan dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung & mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang mempengaruhi prestasi kerja mereka.

4.Penurunan Autoriti dan Kuasa yang Wajar dalam Pengurusan Tugas

-Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
-Dalam memberikan kerja, seorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti & had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap & berkesan.

5. Pengawasan & Kawalan Pekerja

-Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawal prestasi  & kelakuan pekerja semasa mereka bekerja.
-Pekerja yang malas akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi sekiranya tidak diawasi seperti melayari internetv, tidak produktif atau sengaje melengeg-lengehkan kerja.

TANGGUNGJAWAB PEKERJA

KERJA               : Usaha yang bertujuan menghasikan atau menyediakan sesuatu.
PEKERJAAN    : Sesuatu yang dilakukan dengan cara berterusan kerana mencari nafkah.
                              Perkara wajib keatas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dalam keluarga                               ataupun dirinya sendiri.

Antara tanggungjawab pekerja adalah;

                                                                                     1.Amanah
   -Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah       dalam setiap pekerjaanya sama ada melibatkan           urusan peribadi ( melaksanakan tanggungjawab         kepada Allah) atau urusan kemasyarakatan.             -Amanah merupakan suatu perkara yang tidak             boleh dikhianati sama sekali.

 2.Tekun
   -Setiap pekerja akan dapat meningkatkan                      kecekapan sekiranya mereka tekun dalam                  menjalankan tugas.
   -Manusia dijadikan oleh Allah SWT untuk bekerja     dan bekerja kerana Allah iru adalah suatu                   perhambaan kepada-Nya. Allah memberikan             balasan yang berlipat ganda kepada mereka yang       melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya.
3.Ikhlas
-Pekerjaan yang dijalankan perlu diiringi dengan niat yang baik & ikhlas kerana Allah.
-Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada masyarakat dan lain-lain

4.Cekap dalam melaksanakan tugas
-Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari semasa ke semasa sesuai dengn perkembangan & tuntutan semasa.

5.Bersatu Padu
-Setiap pekerja perlu bersikp bersatu padu dalam setiap usaha supaya matlamat organisasi tercapai.

6.Produktiviti
-Pembangunan sesebuah negara bergantung pada tenagevpekerjanya yang mahir, bersungguh-sungguh, produktif & berkaliber.
-Setiap organisasi yang dibina harus mempunyai hubungan yang erat antara pekerja dan majikan.

7.Berakhlak Mulia
-Kemahiran tidak juga memberi sebarang erti jika pekerja itu tidak memiliki akhlak yang mulia kerana pada bila-bila masa sahaja, dia boleh menjadi pemusnah terhadap sesuatu (organisasi) yang dibagunkan.

8.Layanan yang Adil
-Setiap pekerja hendaklah memberi layanan & khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama seperti yang diajarkan dalam ajaran islam.


Continue Reading...

DEFINISI DAN 3 BENTUK KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI (KUMPULAN 3)

DEFINISI: 

kepimpinan bermaksud keupayaan seseorang bagi mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat organisasi. Pemimpin juga boleh dikatakan pengaruh yang kuat ke atas orang lain supaya menjadi pengikut yang akur dan jika tiada pegikut tidak  mungkin wujudnya pemimpin dalam  seseuatu urusan.


BENTUK-BENTUK KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Bentuk-bentuk kepimpinan yang berkesan dalam menggerakkan kumpulan kepimpinan mendapati, wujud tiga cara kepemimpinan, iaitu kepimpinan demokrasi, autokrasidan laissez faire.

  • Kepimpinan Demokrasi
        Dalam  corak kepimpinan demokrasi ini, segala keputusan ialah hasil daripada suara ramai. Ketua hanya mempengerusikan sesuatu perbincangan sambil memberi kebebasan dan peluang kepada setiap anggota jemaah untuk mengeluarkan pendapat mereka. Demikian juga dalam bidang pekerjaan. Sesiapa   sahaja bebas memilih orang yang akan menjadi rakan kongsi dalam sesuatu pekerjaannya.

  • Kepimpinan Autokrasi

        Kepimpinan Autokrasi ialah pemerintah atau pemimpin yang mempunyai kuasa penuh (tidak terhad). segala perancangan dan pelaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai. Arahan terhadap pelaksanaan kerja disampaikan kepada pekerja-pekerja secara berperingkat yang dalam kalangan mereka sendiri tidak tahu tentang perancangan dan matlamat akan datang. Pemimpin itu sendiri yang mengagih, agihkan kerja kepada pekerja, iaitu segala arahannya berbentuk diktator(kuasa mutlak).

  • Kepimpinan Laissez faire
        Kepimpinan bentuk ini, pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan. Segala keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada pengikutnya.  pemimpin hanya  memainkan peranan mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu, di samping membekalkan rakya dengan bahan-bahan yang perlu untuk seseuatu pekerjaan . pemimpin tidak diperlukan untuk mengemukakan apa-apa cadangan atau membuat penilaian terhadap sesuatu pekerjaan yang seesai dijalankan.

Bentuk-bentuk kepimpinan di atas jelas menunjukkan kepada masyarakat bahawa kepimpinan Rasulullah SAW merupakan satu contoh yang terbaik untuk diamalkan dalam sesebuah organisasi. Sifat-sifat kepimpinan yang terdapat pada diri Rasulullah SAW wajib menjadi panduan dan pedoman bagi seorang pemimpin untuk memimpin sesebuah organisasi agar matlamat dapat dicapai di samping aspek keadilan terjamin.





Continue Reading...

Pages

Designed by DPM2 PMJ | Supirman